CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 29, 2010

malaysia juara piala aff 20 Piala Suzuki 2010 (AFF) Milik Malaysia. Tahniah!!

Tahniah, tahniah Malaysia juara Piala Suzuki 2010 (AFF). Walaupun kalah di di Stadium Gelora Bung Karno baru sebentar tadi, tetapi Malaysia berjaya merangkul geralaran Juara Piala Suzuki 2010 (AFF) dengan agreget 4-2. Tahniah sekali lagi Malaysia.

Pasukan Malaysia bukan sahaja jadi juara Piala Suzuki 2010 AFF, malahan penyerang berbisa Malaysia juga merupakan penjaringan terbanyak sepanjang kejohanan ini.

piala suzuki 2010 Piala Suzuki 2010 (AFF) Milik Malaysia. Tahniah!!

Ini kami tinggalkan kepada apa yang berlaku di sepanjang 90 minit di Stadium GBK sebentar tadi…….

  • Separuh masa pertama sudah pun tamat bagi pertemuan Malaysia VS Indonesia untuk pusingan kedua Final Piala AFF Suzuki 2010 baru sahaja tamat sebentar tadi
  • Semasa lagu Negaraku dimainkan, habis kena boo dengan penyokong Indonesia sehinggaakn pengulas Star Sport melabelkan penyokong Indonesia sebagai biadap
  • Tak boleh dinafikan penjaga gol Malaysia (Khairul Fahmi) untuk separuh masa yang pertama adalah hero, berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya daripada pasukan Indonesia
  • Penalti untuk Indonesia. Sabre Abu tak sengaja handball dan menerima kad kuning
  • Sepanjang separuh masa yang pertama Malaysia diasak teruk oleh pemain Indonesia dan pertahanan Malaysia agak kucar-kacir ditambah pasukan Malaysia yang kurang menyerang
  • Penjaga gol Malaysia berjaya menyelamat tendangan penalti pada minit ke 18

  • Diharap pasukan Malaysia dapat berikan “impak” pada separuh masa kedua
  • Separuh masa kedua sudah bermula…..
  • Malaysia berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan penyerang prolifik Malaysia, Safee Sali pada minit 53. Memang cantik gol tersebut.

  • Indonesia berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 72 oleh Nasuha

  • Indonesia mendahului 2-1 pada minit ke 87

  • Tamat perlawanan. Malaysia juara Piala Suzuki 2010 (AFF) dengan kemenangan agregat 4-2

Monday, December 27, 2010

akhbar Indonesia canang Malaysia guna dukun
AKHBAR NonStop  dakwa  Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

AKHBAR NonStop dakwa Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.

SEOLAH-olah tidak dapat menerima kekalahan sulung pada kempen Piala Suzuki AFF kali ini, Indonesia berselindung di sebalik pelbagai alasan, termasuk sinaran laser dan bomoh.

Sinaran laser dikatakan punca pemain Indonesia hilang tumpuan, tetapi selepas jurulatih Alfred Riedl mengumumkan faktor itu bukan penyebab kekalahan pasukan kendaliannya, media Indonesia mula mencari alasan lain.
Akhbar NonStop, membuka pekung di dada Garuda apabila merujuk kepada bomoh terkenal Indonesia ketika membuat dakwaan Malaysia menggunakan dukun dalam laporannya, semalam.
“"Kekalahan pasukan kebangsaan Indonesia sudah diramalkan ahli paranormal, Andi S Chalin,” lapor NonStop dalam berita utamanya. Penulis buku Bahasa Setan Dalam Perilaku Manusia itu meramalkan Indonesia akan tewas 3-0 kepada Malaysia.

“Daripada pemerhatian mata batin saya, saya nampak kita akan tewas 0-3. Kita tewas bukan kerana pemain lemah, tetapi kerana ada unsur-unsur jampi paranormal Malaysia,” kata Andi kepada NonStop menerusi sms tiga hari sebelum final di Bukit Jalil.

Malah selepas perlawanan akhir pertama kelmarin, Andi sekali lagi menghubungi akhbar berkenaan dan mendakwa ada ahli perniagaan Malaysia mendapatkan khidmat bomoh dari Thailand, China dan India.

Tiga gol belum cukup: Fahmi

PEMAIN negara menjalani latihan ringan di sekitar perkarangan hotel penginapan di Jakarta, petang semalam.
PEMAIN negara menjalani latihan ringan di sekitar perkarangan hotel penginapan di Jakarta, petang semalam.
Tuntut rakan usah aksi sambil lewa di Gelora Bung Karno

USAH terlalu selesa dengan bekalan tiga gol. Itu pesan benteng terakhir skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, semalam.
Dia yang tidak mahu beraksi sambil lewa serta terlalu yakin pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, esok berharap perkara sama turut dilakukan rakan sepasukan lain.

Raja resah gangguan luar
8

RAJAGOBAL (kiri) bersama anak buahnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta, semalam.
RAJAGOBAL (kiri) bersama anak buahnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta di Jakarta, semalam.
Harimau Malaya hadir mahu bawa pulang trofi

"KAMI datang ke Jakarta untuk menang," laung pengendali skuad negara, K Rajagobal sejurus tiba bersama anak didiknya ke sini, semalam bagi melangsaikan baki perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, esok.
“Tahap keyakinan pemain kita cukup tinggi. Tapi saya sudah arahkan mereka untuk melupakan kemenangan besar ini sebaliknya menghadapi baki 90 minit Rabu ini (esok) dengan penuh tumpuan.
“Untuk tempoh dua hari ini, saya tidak sesekali mahu pemain hilang fokus dengan temu ramah atau acara tiada berkaitan. Segala pertanyaan harus melalui saya atau pengurus pasukan (Datuk Subahan Kamal).”

Tidak dinafikan apa yang membuat Rajagobal kian gelisah adalah gangguan luar yang harus dielak pemain pada saat genting ini walaupun berbekal modal selesa hasil kemenangan 3-0 ke atas Indonesia, kelmarin.

Pengendali itu turut berpendapat, kegagalan lawannya, Indonesia mempamerkan aksi sebenar di Bukit Jalil hasil daripada kelemahan dan kesilapan pemainnya sendiri, terutama penjaga gol, Markus Horison.

“Siapa dia (Markus) untuk menghentikan perlawanan?” tanya Rajagobal.

Harimau mahu mengaum lagi


Pasukan bola sepak kebangsan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di Jakarta, semalam.


JAKARTA - Menang atau kalah bukanlah persoalan yang menjadi keutamaan bagi pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya yang bertandang ke sini untuk melengkapkan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, esok.

Sebaliknya, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal berkata, kehadiran beliau bersama anak-anak buahnya ialah untuk bermain atas dasar semangat kesukanan.

"Sudah tentu kami datang dengan keyakinan dan semangat kesukanan yang tinggi. Jika ditanya kepada sesiapa sekalipun, pastinya masing-masing berharap untuk menang.

''Tiada siapa yang mahu tewas. Jadi, lebih baik kita tunggu dan lihat saja perlawanan pada hari Rabu ini," katanya kepada media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta di sini, semalam.

Rajagobal yang tiba bersama pemain-pemain bimbingannya serta pengurus pasukan Datuk Subahan Kamal disambut pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di sini serta sekumpulan pelajar Malaysia.

Tiba dengan pesawat Penerbangan Malaysia, kesemua pemain kebangsaan sempat beramah mesra dengan peminat-peminat mereka biarpun masing-masing masih kepenatan.

Rajagobal juga memberitahu, beliau belum memutuskan sama ada akan menurunkan anak-anak buahnya menjalani latihan di padang Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK) di sini.

Sementara itu, penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha optimis untuk menguasai GBK pada final kedua Piala Suzuki AFF2010 di gelanggang berkenaan Rabu ini.

"Bagi seseorang penyerang, selagi tidak dapat menjaringkan gol, selagi itu kita tak berasa puas. Samalah seperti saya yang baru menjaringkan dua gol sepanjang kejohanan ini.

"Salah satu gol tersebut dijaringkan di GBK ketika kita tewas 1-5 pada aksi pertama peringkat kumpulan. Mungkin saya lebih ada 'feel' untuk menjaringkan gol di sini," katanya ketika ditemui wartawan Malaysia di Hotel Sultan di sini.

Norshahrul, 24, bagaimanapun tetap memainkan peranan penting mencipta gerakan untuk dua daripada tiga gol Malaysia pada aksi final pertama malam kelmarin apatah lagi dia disifatkan oleh Rajagobal sebagai pemain terbaik sepanjang kejohanan ini.

Pada masa yang sama, dia tidak terlalu berharap untuk memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala AFF Suzuki 2010 biarpun sebelum ini dia telah memenangi anugerah MVP bagi Liga Malaysia 2010.

"Insya-Allah kalau ada rezeki. Siapa yang tak mahu menang anugerah ini. Saya akan cuba pamerkan aksi terbaik pada final kedua nanti bagi memastikan kejuaraan mutlak milik Malaysia," ujar Norshahrul.

Perasaan hiba pula menguasai pemain sayap kanan kebangsaan, Amirulhadi Zainal yang terpaksa melupakan aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di sini kerana digantung perlawanan. - Utusan

Sunday, December 26, 2010

Harimau baham Garuda


SAFEE Sali (kiri) merembat bola tepat ke gawang gol selepas menerima hantaran daripada Norshahrul Idlan Talaha (tiada dalam gambar) pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. – AP


KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.

Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.

Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.

Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.

Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.

Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan

Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.

Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.

Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.

Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.

Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.

Peluang bangkit tipis – Riedl


Pemain-pemain skuad kebangsaan meraikan kemenangan mereka menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


KUALA LUMPUR – Bukan kerana pancaran laser tetapi kerana gol pertama, itulah alasan yang diberikan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl selepas pasukannya tewas 0-3 kepada Malaysia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Jurulatih berasal dari Austria itu mengakui pemainnya tersentak dengan gol sulung Malaysia pada minit ke-62 dan segalanya berubah dengan serta-merta sehingga mereka bolos buat kali kedua dan ketiga dalam tempoh empat minit.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Malaysia. Ia sebenarnya adalah perlawanan yang biasa tetapi akibat gol pertama pasukan lawan semuanya serba tidak menjadi buat kami, Malaysia bertambah yakin pemain saya pula semakin keliru,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Jelasnya, ia memang saat yang sukar sebaik sahaja pasukan lawan mula menjaringkan gol, walaupun perlawanan bermula dengan biasa tetapi dalam bola sepak ia boleh menjadi sukar buat sesetengah pasukan.

“Memang pancaran laser mengganggu pemain kami, tetapi itu sebelum gol Malaysia dijaringkan, selepas ia dihentikan dan disambung semula kami terus melepaskan gol, sejak dari itu semuanya menjadi teruk.

“Masalah laser ini sesuatu yang buruk dalam arena bola sepak, tetapi ia menjadi lebih buruk apabila pasukan anda mula melepaskan gol, saya akui agak sukar untuk kami bangkit semula di Jakarta,” katanya.

Riedl berkata, peluang pasukan mereka sangat tipis, mereka perlu mengambil risiko untuk melakukan apa sahaja yang boleh agar dapat mengimbangi semula jaringan ini.

“Saya juga akan duduk berbincang dengan pemain, bertanyakan kepada mereka apa masalah yang melanda mereka, adakah mereka terkejut dengan jaringan pertama atau ada masalah lain,” ujarnya.

Ditanya sama ada bermain buat pertama kali di luar Indonesia dalam kejohanan ini menjadi punca kepada kekalahan mereka, Riedl menjawab itu bukan alasan utama mereka tewas, sebaliknya semuanya sama sahaja.

“Ini adalah perlawanan seimbang, 50-50, siapa sahaja boleh mencatatkan kemenangan, tetapi kami akan melakukan apa sahaja walaupun peluang untuk bangkit agak tipis,” katanya.

Riedl juga sempat meluahkan rasa kekecewaannya kepada media Indonesia kerana terlalu mengganggu pemainnya.


Bola sepak Indonesia diberi amaran keras

JAKARTA - Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberikan peringatan keras kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan penyokong itu ketika mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket ke pertandingan itu, semalam.

Sekumpulan penyokong merusuh dan kerosakan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini sehingga ada yang pengsan.

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberikan peringatan keras kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan penyokong itu ketika mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket ke pertandingan itu hari ini.

"Tiga jam yang lalu AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosakkan oleh orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid dari Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne sekitar pukul 4 petang waktu tempatan.

Sehubungan itu, Nurdin menggesa para penyokong pasukan Indonesia agar lebih berhemah ketika menunggu giliran membeli tiket.

"Ini kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat berkecuali, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.

Laporan yang diperoleh Nurdin menyebut, penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah tidak kurang daripada 50,000 orang, sementara tiket kelas tiga berharga Rp50,000 (RM17) yang hari ini dijual berjumlah 30,000 keping sahaja.

"Kepada mereka yang tidak mendapat tiket, jangan risau kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa penyokong yang mencetus provokasi sehingga para penyokong bertindak liar tidak tertib seperti semasa pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Sementara itu, Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengakui, pihaknya terkejut dengan harapan tinggi masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, kata Nigara, tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima kenyataan itu.

malaysia vs indonesia 2 (Video) Malaysia VS Indonesia   Result Final Piala AFF Suzuki 2010

Tahniah Malaysia. Macam inilah baru kena dengan slogan Malaysia Boleh. Perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 bagi pusingan pertama Malaysia VS Indonesia dengan berkesudahan 3 berbalas 0. Selepas sahaja Indonesia kalah, ada cakap-cakap yang mengatakan kekalahan adalah sinaran laser yang dipancarkan kepada pemain Indonesia. Apa-apa’an sey lowh….

malaysia vs indon4 (Video) Malaysia VS Indonesia   Result Final Piala AFF Suzuki 2010

Tetapi jurulatih Indonesia menyalahkan kelemahan pemainnya sendiri mengekang asakan pemian Malaysia. Kepada yang main laser malam tadi di stadium, memang tiada tamadun. Jangan tunjuk gayat sangat masa tengok bola. Walauapapun, bekalan sebegini cukup penting untuk di bawa sebagai bekalan sebelum berkunjung ke Indonesia di Satdium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Rabu ini bagi perlawanan pusingan kedua di sana. Nah, saksikan sendiri detik-detik kemenangan Malaysia VS Indonesia (3-0)

Malaysia : (3) Mohd Safee Sali – 60, 73), Mohd Ashaari Shamsuddin (67)
Indonesia : (0)

KAU MEMANG HEBAT MOHAMAD SAFEE MOHD SALI!!!

TAHNIAH SALEE! Teruskan rentak pada final kedua di Jakarta nanti!

STADIUM BUKIT JALIL SEPARUH MASA PERTAMA

Laut merah...30,000 penonton Indonesia

GAMBA PENONTON MALAYSIA PADA SEPARUH MASA PERTAMA

PRESIDEN SUSILO MINTA NURDIN HALID PROTES FASAL LASER


PRESIDEN Susilo Bambang Yudoyhono mengarahkan Ketua PBSI Nurdin Halid, menghantar protes rasmi mengenai insiden pancaran laser yang didakwa dipancarkan terus ke muka penjaga gol Indonesia, Markus.

Malah, kekalahan 3-0 juga dijadikan alasan oleh Indonesia berpunca daripada serangan laser dari LIMA PENJURU seperti sama didakwa penonton dan wartawan negara itu berpunca daripada tempat duduk penyokong Malaysia.

Dan serentak itu, media Indonesia malam ini memainkan tajuk antaranya berbunyi, "Di Malaysia laser, di Indonesia nanti apa?"

Walau apapun yang berlaku, kemenangan memang berhak dimiliki pasukan negara yang ternyata lebih kental dan berdisiplin di padang. Gerakan dan serangan yang menjadi adalah punca kemenangan itu diperolehi, bukannya disebabkan penjaga gol Indonesia terkena pancaran laser.

AFF BERI AMARAN KEPADA INDONESIA, VENUE AKHIR KEDUA MUNGKIN TIDAK DI STADIUM BUNG KARNO


TENGAH HARI tadi, Persekutuan Sepak Bola Indonesia (PSBI) menerima amaran daripada Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF) bahawa pertandingan akhir kedua mungkin akan dipindahkan ke tempat lain, apabila sekumpulan penyokong Indonesia merusuh dan merosakkan stadium Gelora Bung Karno hari ini.

Kejadian merusuh dan merosakkan kemudahan stadium itu menyebabkan AFF berang. Ketua PSBI, Nurdin Halid mengesahkan menerima amaran itu tengah hari tadi.