CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 26, 2010


Bola sepak Indonesia diberi amaran keras

JAKARTA - Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberikan peringatan keras kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan penyokong itu ketika mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket ke pertandingan itu, semalam.

Sekumpulan penyokong merusuh dan kerosakan beberapa kemudahan di stadium itu petang ini sehingga ada yang pengsan.

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memberikan peringatan keras kepada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana kekecohan yang dilakukan penyokong itu ketika mereka hilang kesabaran ketika menunggu giliran membeli tiket ke pertandingan itu hari ini.

"Tiga jam yang lalu AFF telah menghubungi saya dan memberi amaran keras. Jika stadium dirosakkan oleh orang ramai, maka pertandingan final kedua tidak akan dilaksanakan di Gelora Bung Karno," kata Ketua PSSI, Nurdin Halid dari Kuala Lumpur yang diwawancara secara langsung oleh TVOne sekitar pukul 4 petang waktu tempatan.

Sehubungan itu, Nurdin menggesa para penyokong pasukan Indonesia agar lebih berhemah ketika menunggu giliran membeli tiket.

"Ini kerana jika benar pertandingan final kedua itu nantinya dilakukan di tempat berkecuali, pasti akan merugikan pasukan kita," katanya.

Laporan yang diperoleh Nurdin menyebut, penyokong yang dikumpulkan di dalam stadium itu berjumlah tidak kurang daripada 50,000 orang, sementara tiket kelas tiga berharga Rp50,000 (RM17) yang hari ini dijual berjumlah 30,000 keping sahaja.

"Kepada mereka yang tidak mendapat tiket, jangan risau kerana kami menyediakan layar lebar di luar stadium agar para penyokong dapat menyaksikan pertandingan ini," katanya.

Menurut Nurdin, kekecohan itu didorong oleh beberapa penyokong yang mencetus provokasi sehingga para penyokong bertindak liar tidak tertib seperti semasa pembelian tiket pada hari-hari sebelumnya.

Sementara itu, Pengelola Stadium Gelora Bung Karno, M Nigara mengakui, pihaknya terkejut dengan harapan tinggi masyarakat untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF itu.

Had kapasiti stadium, kata Nigara, tidak dapat menampung lebih daripada 83,000 penyokong dan sehubungan itu beliau meminta mereka dapat menerima kenyataan itu.

0 comments: